Signal generator adalah alat yang menghasilkan signal elektronik ataupun waveform. Signal generator ini boleh menghasilkan empat waveform iaitu sine wave, square wave, triangle wave dan sawtooth wave.
Signal generator ini menggunakan PIC18F2550 dengan crystal 20MHz, kemudian menggunakan PLL dalamannya bagi meningkatkan kelajuaan kepada 48MHz. Ini bertujuan untuk meninggikan frekuensi signal keluaran. Namun, frekuensi tertinggi yang boleh di keluarkan adalah sehingga 100Hz dan voltan hanyalah dari 0-5V. Bagi membezakan keempat-empat waveform ini, di bawah adalah gambar signal sine wave, square wave, triangle wave dan sawtooth wave.
0 komentar:
Post a Comment