Download

11/01/2012

Solar Panel (Photovoltaic)



Solar panel adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali Photovoltaic (PV). Solar panel menghasilkan voltan arus terus.
Gambar di atas adalah pengukuran voltan yang dihasilkan oleh satu solar panel. Pengukuran voltan solar panel ketika tiada beban dikenali ‘Open Circuit Voltage’. Solar panel boleh di samakan dengan fungsi bateri untuk membekalkan voltan. Namun berbeza dengan bateri, solar panel tidak boleh menyimpan tenaga. Oleh itu, dalam sistem solar yang lengkap semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga.
Solar panel juga berbeza dengan bateri kerana mempunyai arus maksimum. Jika bateri tidak boleh dipintaskan (short circuit) tetapi solar panel boleh ‘short circuit’ tanpa rosak. Pengukuran arus ketika ‘short’ boleh dilakukan dan mendapatkan arus maksimum. Pengukuran ‘Short Circuit Current’ seperti gambar di bawah.


0 komentar:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Aulia DirUt. Powered by Blogger.
 

Blog Archive

Followers

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger