Download

10/28/2012

MAX485 Driver



RS485 adalah signal alternatif untuk RS232. RS485 adalah untuk perhubungan wayar yang panjang. Maksimum panjang wayar untuk RS232 adalah 15m sahaja manakala maksimum panjang wayar untuk RS485 adalah 1200m. Tambahan pula, dalam sistem RS485 boleh disambung banyak peralatan berbanding RS232 hanya boleh sambung dua peralatan. Ini kerana RS232 hanyalah komunikasi 1-to-1 iaitu komunikasi transmit dan receive antara dua peralatan sahaja.
MAX485 adalah chip yang digunakan untuk menghubungkan isyarat TTL dengan isyarat RS485. MAX485 mempunyai 8 pin dan menggunakan voltan 5V. MAX485 beroperasi pada half-duplex iaitu tidak dapat menghantar dan menerima data pada waktu yang sama. Ia dikawal oleh pin RE (Receiver Output Enable) dan DE (Driver Input Enable).
Antara istilah-istilah dalam komunikasi adalah simplex, duplex, full-duplex dan half-duplex. Simplex adalah komunikasi satu hala. Peralatan hanya boleh menghantar atau menerima data sahaja. Contohnya adalah stesen televisyen dan televisyen rumah. Stesen televisyen hanya menghantar data dan televisyen hanya menerima data.
Duplex adalah komunikasi dua hala. Peralatan boleh menghantar dan menerima data. Peralatan full-duplex boleh menghantar dan menerima data pada waktu yang sama. RS232 adalah komunikasi full-duplex kerana mempunyai wayar menghantar dan menerima yang berasingan. RS232 menggunakan isyarat TX, RX dan GND. Peralatan half-duplex pula tidak boleh menghantar dan menerima data pada waktu yang sama. Ketika peralatan menerima isyarat, ia perlu tunggu sehingga isyarat selesai untuk membalas atau menghantar isyarat. RS485 adalah komunikasi half-duplex. RS485 hanya menggunakan isyarat DATA+ dan DATA-.

0 komentar:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Aulia DirUt. Powered by Blogger.
 

Blog Archive

Followers

 

Templates by Nano Yulianto | CSS3 by David Walsh | Powered by {N}Code & Blogger