Projek smart car ini adalah untuk pertandingan perlumbaan kereta elektrik yang di anjurkan oleh IEEE dan Freescale Malaysia pada Disember 2008. Ini adalah projek saya yang terakhir ketika di universiti. Smart car ini direka untuk bergerak secara automatik dan mengikut garisan yang berwarna hitam.
Smart car ini menggunakan microcontroller daripada Freescale. Microcontroller ini di berikan percuma oleh Freescale. Model microcontroller ini adalah MC9S12DG128. Pertandingan ini selain memberi peluang pelajar mengaplikasikan kemahiran, malah juga memberi peluang Freescale menguji produk microcontroller mereka.
Body smart car diberikan oleh pihak Freescale. Asasnya mempunyai DC motor untuk bergerak dan Servo motor di hadapan untuk membelok. Tambahan diperlukan dari segi litar elektrik dan sensor. Sensor yang digunakan adalah infrared sensor untuk mengesan line hitam pada track. Bila dah modified kereta tu, gambar di bawah adalah hasilnya. Wah dah macam kaki kereta plak kan.
0 komentar:
Post a Comment